Thursday, May 13, 2010

jom-jom....aku nak tunjuk cara2 masak roz humus...(nasi kacang)




Hari ini aku nak tunjuk sedikit pada bembaca blog aku ni resepi nasi yang di beri nama roz humus atau nama dalam bahasa kita nasi kacang dhall. Sebelum aku taip resepi ni aku nak cite la sikit pasal nasi ni..
.
                       Tersebut la al kisahhhhhhhhhhhhhhhhh................................................to,yib........
nasi ni tak la beberape popular seketika dulu sebat nasi ni kalau ada org arab yang  meninggal dunia baru la ada. sekarang nasi ni dah jadi kesukaan orang ramai..bukan takat org meninggal je.....tiap-tiap hari jumaat pun ada.....

RESEPI ROZ HUMUS (NASI KACANG)

BAHAN-BAHAN 

1 batang kayu manis
5gm black fungers
4gm bunga cengkih
4gm lada hitam
4gm buah pelaga
1tsp jintan manis
2tsp jintan putih

Bungkus barang-barang di atas jadikan dia seperti soup bunjut
1 ekor ayam di potong 8
1 labu bawang besar di mayang
1inci halia
1kg beras basmati yang telah siap di bersihkan
200gm kacang dhall yang telah direbus
1.5 liter air
garam, aji no moto 
sedikit minyak untuk menumis

CARA-CARA
   panaskan minyak di dalam periuk,masukan bawang yang di mayang tadi goreng bawang sampai warna kekuningan kemudian masukan air,rempah yang kite bunjut tadi.Tunggu sampai air mendidih masukan ayam yang telah di potong tunggu sampai ayam setengah masak masukan kacang dhal.,garam aji no moto sucukup rasa.Masukan beras yang telah di bersih tadi.
tunggu air sampai kering kemudian tutup periuk biarkan dalam keadaan api yang sederhana.
tunggu sampai nasi betul-betul masak..angkat dan sedia boleh di hidangkan dengan sambal

 RESEPI SAMBAL


7 BIJI TOMATO
4 BIJI CILI MERAH
4 BIJI CILI HIJAU
SEDIKIT DAUN KETUMBAR
GARAM SECUKUP RASA

CARA-CARA
KISAR SEMUA BARANG-BARANG DI ATAS KEMUDIA MASUKAN GARAM SECUKUP RASA.


5 comments:

boxhousestudio said...

oooo...dulu dulunya kalau orang arab meninggal baru dapat merasa makan nasi ni eik?...ok

boxhousestudio said...

jap jap jap 1 ekor ayam di potong 81?..ko biar betul chef dean?

boxhousestudio said...

chef dean kalau bukan beras basmathi..apa beras lain yang boleh ya...mahal la basmathi..hi hi hi

iddin long said...

beras biasa tak digalakan untuk masak nasi ni..hehehehe

potong 8 la kak tyun...

yap..nasi orang mati..huhuhu

boxhousestudio said...

yes..yes..yes...Chef dean,...macam ni lah...idak le bercakap dengan tunggul..keh keh keh..

nasi orang mati...seram nak telan...pheww..